NOTIS PRIVASI

 

GOM RESOURCES SDN. BHD. (205375-V) menghormati privasi individu berkenaan data peribadi.

Data peribadi ini dan polisi privasi dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Untuk tujuan data peribadi dan polisi privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Untuk tujuan Notis ini, terma “kami” akan merujuk kepada Syarikat.

A. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN

Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami termasuk:-

• maklumat yang dikumpul apabila anda mendaftar atau mengemaskini apa-apa maklumat dengan kami, yang mungkin termasuk data peribadi seperti gambar, nama dan butir-butir hubungan anda;

• maklumat yang dikemukakan kepada kami dalam apa jua dokumen; dan

• apa-apa mesej atau komen yang anda serahkan kepada kami, yang mungkin termasuk data peribadi seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon.

B. TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI

Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Syarikat, anda dengan ini bersetuju bahawa Syarikat akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:

• memberikan anda dengan perkhidmatan atau manfaat di bawah mana-mana perniagaan Syarikat; dan/atau

• pemprosesan permohonan anda di bawah mana-mana program Syarikat (sebagai contoh: Permohonan perniagaan, Permohonan kontraktor, Permohonan pembekal barangan dan perkhidmatan, aktiviti pengiklanan and permasaran, Permohonan Servis); dan/atau

• jika berkenaan, pemasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, manamana pengiklanan dan/atau bahan promosi kepada anda; dan/atau

• menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau

• menjalankan prosedur sepadan menurut undang-undang; dan/atau

• melaksanakan statistik analisa untuk pelbagai objektif di dalam Syarikat dan memberikan maklumat yang berkenaan kepada parti-parti yang diberi kuasa oleh Syarikat (sebagai contoh: Egen, Pengiklan, Perancang Peristiwa, Servis Kontraktor); dan/atau

• di mana anda telah memberikan resume anda, mempertimbangkan anda untuk apa-apa kerja yang mungkin wujud dalam Syarikat; dan/atau

• tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, atau penambahan perniagaan Syarikat serta untuk tujuan yang berkenaan untuk menyokong dan/atau membantu mana-mana perniagaan Syarikat (sebagai contoh, memberikan maklumat mengenai pengalaman pekerjaan anda yang diperlukan untuk pengajuan tender untuk projek atau untuk memenuhi mana-mana keperluan undang-undang); dan/atau

• setakat mana dikehendaki oleh undang-undang, di mana Syarikat menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian adalah perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana Syarikat mengesyaki telah, sedang atau mungkin akan terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau

• di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau perkhidmatan yang diminta oleh Syarikat (sebagai contoh, kepada syarikat insurans yang mengaturkan polisi insurans untuk pekerja Syarikat dan kepada bank yang mengaturkan bayaran gaji untuk pekerja Syarikat (untuk pekerja); dan/atau

• di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsinya atau obligasinya sepertimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau

• panduan (sama ada mempunyai kuasa undangundang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan (sebagai contoh, pengaudit yang sedang mengauditkan bahagian sumber manusia); dan/atau

• jika anda memohon sebagai seorang pelatih atau dilantik sebagai seorang pelatih, selain daripada tujuan seperti yang dinyatakan disini, untuk mempertimbangkan dan menilaikan kelayakan anda dan jikalau anda berjaya, untuk penyediaan dan tandatangan perjanjian dan dokumen yang relevan serta pentadbiran pelantikan anda sebagai pelatih; dan

• membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau melalui undang-undang.

C. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN

• Anda selanjutnya bersetuju bahawa Syarikat boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, pengiklan, pengendali rangkaian, syarikat-syarikat bersekutu, mana-mana pihak authoriti, kedutaan, badan statutori, badan regulatori, mana-mana organisasi, mana-mana institusi kewangan berkenaan, seseorang yang lain dibawah tugas kerahsiaan terhadap Syarikat, mana-mana referi yang butir-butirnya diberikan oleh anda, pembekal perkhidmatan, untuk keperluan operasi, pentadbiran pembangunan Syarikat dan organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti dan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan Data Peribadi itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak Syarikat.

• Syarikat menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikenalpasti bukan secara peribadi yang dikumpul oleh kami sebagai sebahagian daripada proses Syarikat sentiasa memperbaiki perniagaan Syarikat.

D. KESAN KETIADAAN PERUNTUKAN DATA PERIBADI

• Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan, atau tidak memuaskan kepada Syarikat maka permohonan atau permintaan anda kepada Syarikat bagi apa-apa tujuan di atas seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas mungkin tidak boleh diterima atau bertindak keatasnya atau Syarikat tidak akan dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dan/atau perkhidmatan.

E. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI

Data Peribadi anda hendaklah disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat Syarikat atau disimpan di dalam server yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh Syarikat atau pembekal perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.

Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh Syarikat selama yang perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau diperlukan untuk memenuhi keperluan regulatori di sisi undang-undang, keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Syarikat.

• Syarikat tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian bagi anda untuk memadam Data Peribadi yang dipegang oleh Syarikat.

F. PEMOHON-PEMOHON PEKERJAAN

• Data Peribadi yang diberikan berkaitan dengan permohonan untuk pekerjaan akan digunakan untuk menentukan kesesuaian anda bagi suatu jawatan dalam Syarikat dan, sekiranya berkenaan, terma-terma pekerjaan atau pelantikan anda.

• Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan dari referee anda untuk penggunaan dan pendedahan Data Peribadi referee anda kepada Syarikat dan Syarikat berhak mengunakan Data Peribadi referee anda mengikut Notis Privasi ini.

• Data Peribadi anda juga boleh digunakan untuk memantau inisiatif perekrutan Syarikat dan dasar-dasar peluang yang sama.

• Butir-butir Data Peribadi anda akan didedahkan kepada pihak ketiga untuk mengesahkan atau mendapat maklumat tambahan termasuk institusi pendidikan, majikan semasa/sebelumnya dan agensi rujukan kredit. Agensi rujukan kredit merekodkan carian tersebut dan anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui agensi yang kami digunakan.

• Permohonan tidak berjaya akan disimpan untuk peluang pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran anda pada masa akan datang.

G. KERAHSIAAN

• Data Peribadi yang dipegang oleh Syarikat akan dirahsiakan menurut Notis Privasi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

• Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau diberikan kepada kami dengan apa jua cara pun akan dianggap diberi kepada Syarikat secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.

• Syarikat berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengepos tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan dalam (C) di atas.

H. KESELAMATAN DATA PERIBADI

• Syarikat menggunakan beberapa mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.

• Bagi internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Oleh itu sementara Syarikat berusaha untuk melindungi Data Peribadi itu, Syarikat tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada Syarikat dan individu berbuat demikian atas risiko sendiri. Sebaik sahaja mana-mana Data Peribadi menjadi milikan Syarikat, Syarikat akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.

• Nama pengguna dan kata laluan mungkin mustahak untuk anda menggunakan beberapa bahagian Laman Web. Untuk perlindungan anda sendiri, Syarikat memerlukan anda untuk merahsiakan dan menukar kata laluan anda secara kerap (jika perlu).

I. PENGHUBUNG

• Laman Web Syarikat (www.gomresources.com) mungkin mengandungi penghubung ke laman dan halaman lain. Dengan mengaktifkan suatu penghubung, seperti contohnya dengan mengklik pada panji pengiklan, anda meninggalkan Laman Web dan Kumpulan tidak melaksanakan kawalan ke atas mana-mana Data Peribadi atau apa-apa maklumat lain yang anda berikan kepada mana-mana entity lain selepas anda meninggalkan Laman Web.

J. PEMINDAHAN DATA PERIBADI

• Disebabkan dasar globasasi perniagaan Syarikat, Syarikat mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain dalam Syarikat (yang mungkin berada di luar negara) atau kepada mana-mana pihak yang berada di luar negara (termasuk negara yang mempunyai regim perlindungan hak data peribadi yang berbeza daripada negara dimana anda berada). Apa-apa Data Peribadi yang dipindahkan akan digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas.

K.HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI

• Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh Syarikat atas pembayaran fi yang ditetapkan dan memohon pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan.

• Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetuan anda kepada Syarikat bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut:

Syarikat : GOM Resources Sdn. Bhd (205375-V)

Alamat : Tingkat 17, Menara 1,
Etiqa Twins,
No. 11, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia

Jabatan pengendalian : Jabatan Perundangan

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Syarikat berhak untuk mengenakan fi yang munasabah untuk memproseskan mana-mana permohonan.

L. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI

• Syarikat berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Syarikat menasihatkan supaya anda menyemak Notis Privasi ini secara tetap.

About us

GOM Resources Sdn Bhd (205375-V), is a subsidiary of Puncak Oil & Gas Sdn Bhd. GOM Resources Sdn Bhd is well known as an OIC (Offshore Installation Contractor) company with a reputable experience of well over 20 years in Transportation and Installation since 1991.

Location Services


Wisma Rozali

Wisma Rozali, No.4, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Privacy Notice